Selasa, 27 Februari 2018

Paku sakat ribu-ribu atau tumbuhan duit-duit

Pokok duit-duit di dahan pokok mati yang telah jatuh ke bumi.
Pokok Duit-duit atau pokok sakat ribu-ribu; juga disebut Pokok Sisek Naga (nama saintifik: Pyrrosia piloselloides ) merupakan sejenis epifit yang mudah dijumpai pada dahan pokok matang atau pokok yang telah tua. Keunikan daun yang berbentuk duit syiling serta biasanya tumbuh berserta lumut menyebabkan ianya sering dijadikan subjek jurufoto; contohnya kehijauan dahan pokok hujan-hujan yang terkenal di Taiping. 

Pokok yang mempunyai tumbuhan duit-duit secara asasnya memerlukan pemerhatian namun memusnahkannya agak sukar kerana terletak di dahan yang sukar dicapai, perlu dibuang dengan tangan serta melibatkan banyak pokok sekitar.  Selain itu, ianya mudah membiak di dahan pokok rimbun akibat penyebaran spora yang mudah serta keadaan persekitaran pokok yang lembab.Pokok duit-duit merupakan tumbuhan yang menjadi ancaman kepada pokok besar kerana ianya boleh menyebabkan kemation pokok, mengurangkan produktiviti tanaman serta sesetengahnya mengurangkan kualiti visual pokok tersebut.