Sabtu, 7 Julai 2018

Pokok periuk kera

Foto: Lemang pulut kera. Sumber: RJ, 2018-Labis

                                          Foto: Nephenthes sp. Sumber: RJ, 2014-S'pore

Pokok periuk kera (Nepenthes Mirabilis)


  • Hidup dikawasan redup tetapi mendapat cahaya matahari maksimum, memerlukan medium lembab sekiranya ditanam di kawasan tanah rendah.
  • Berpotensi dikomersilkan sebagai sumber makanan tradisi sesetengah kawasan seperti "lemang periuk kera".
  • Boleh dijadikan tanaman pasu untuk mendapatkan kelonsong periuk kera.

Selasa, 27 Februari 2018

Paku sakat ribu-ribu atau tumbuhan duit-duit

Pokok duit-duit di dahan pokok mati yang telah jatuh ke bumi.
Pokok Duit-duit atau pokok sakat ribu-ribu; juga disebut Pokok Sisek Naga (nama saintifik: Pyrrosia piloselloides ) merupakan sejenis epifit yang mudah dijumpai pada dahan pokok matang atau pokok yang telah tua. Keunikan daun yang berbentuk duit syiling serta biasanya tumbuh berserta lumut menyebabkan ianya sering dijadikan subjek jurufoto; contohnya kehijauan dahan pokok hujan-hujan yang terkenal di Taiping. 

Pokok yang mempunyai tumbuhan duit-duit secara asasnya memerlukan pemerhatian namun memusnahkannya agak sukar kerana terletak di dahan yang sukar dicapai, perlu dibuang dengan tangan serta melibatkan banyak pokok sekitar.  Selain itu, ianya mudah membiak di dahan pokok rimbun akibat penyebaran spora yang mudah serta keadaan persekitaran pokok yang lembab.Pokok duit-duit merupakan tumbuhan yang menjadi ancaman kepada pokok besar kerana ianya boleh menyebabkan kemation pokok, mengurangkan produktiviti tanaman serta sesetengahnya mengurangkan kualiti visual pokok tersebut. 


Selasa, 2 Mei 2017

Clerodendrum paniculatum @ Bunga Pagoda


Bunga pagoda (Pagoda Flower) adalah jenis tumbuhan renek yang boleh tumbuh sehingga 1 meter hingga 1.5 meter. Tumbuhan ini menyukai cuaca panas penuh atau menerima cahaya matahari separuh teduhan. Pokok ini memerlukan air yang banyak atau sederhana untuk pertumbuhan. Ianya mempunyai bunga yang sesuai sebagai tanaman hiasan. Bunga pagoda tumbuh di kawasan bertanah lembab, kering dan berpenyairan yang baik.
Bunga pagoda mendapat nama dari bentukny ayang bertingkat-tingkat seperti pagoda.

Rabu, 15 Januari 2014

Bromeliaceae

  1.  Spesis ini boleh hidup dikebanyakan cuaca. Dengan bentuk dan pelbagai warna yang menarik serta mudah hidup tidak hairanlah ianya menjadi pilihan untuk di tanam di pangkal pokok 'Supertree Groove'..
    Supertree Grove, Garden by the Bay.

  2. Nenas (Anana comosus) juga antara pokok dari famili Bromeliaceae.

  1. Puya chilensis is a terrestrial bromeliad originating from the arid hillsides of Chile. An evergreen perennial, it forms large, dense rosettes of grey-green, strap-like leaves edged with hooked spines.Wikipedia
  2. Seperti nama nickname kawanku..si Poya lah sape lagi..

Jumaat, 20 Disember 2013

Catharanthus roseus 'Alba'

Pokok renek putih..Nama Inggeris ialah Vinca rosea
 Pokok renek ini berasal dari Madagascar. Sesuai di tanam di kawasan pantai yang selalu terdedah dengan cahaya matahari sebagai pokok renek hiasan. Keperluan air sederhana dan tahan cuaca panas dan kemarau. Jadi boleh cuba ditanam di kawasan bandar yang berhutan batu serta boleh tahan panas cuaca mikro? Idea.

Tulip